Monday 25 September 2017


laut ini luas
jauh lagi kita perlu renang
badai itu sentiasa ada maka redha

redha bukan bererti;
kita merela diri dihanyut

badai datang, kita tentang
badai datang, kita tentang

kalau kita gagal
dan ia menolak kita ke belakang
kita renang semula ke hadapan

yang penting
jangan lemas dan karam
jangan ditelan air masin
hingga kembung perut lalu tenggelam

pelampung ada di kanan kiri jika kau cari
air masin ada merata walau kau tidak cari

cukuplah menelan air masin


wa

Tuesday 1 August 2017

Wednesday 26 July 2017


ku terpana,
sehingga hari ini
berkecil hati seharusnya,
tapi biarlah,
bukan salah mereka semua
tidak memahami aku,
aku yang lupa
aku bukan gadis di luar sana;
manis dan manja

maka mula dari hari itu
aku menitahkan
akal bermain permainan ini,
diamkan dan terus biarkan,
bukan untuk
memenangi hati semua orang;
bukan,
tapi kerana aku ini
tidak sanggup mengetahui
teman teman aku sendiri
tidak mengenali aku


fj

Wednesday 2 November 2016



biar
ghaib mu
suatu
misteri

tiada ku
mencari
sebarang
pembayang lagi.


--imran ajmain




Tuesday 1 November 2016



mata buka
penglihatanku kabur

terkadang buta;

tertipu dek rasa gula
mulut si celaka




Monday 31 October 2016