Wednesday 26 July 2017


ku terpana,
sehingga hari ini
berkecil hati seharusnya,
tapi biarlah,
bukan salah mereka semua
tidak memahami aku,
aku yang lupa
aku bukan gadis di luar sana;
manis dan manja

maka mula dari hari itu
aku menitahkan
akal bermain permainan ini,
diamkan dan terus biarkan,
bukan untuk
memenangi hati semua orang;
bukan,
tapi kerana aku ini
tidak sanggup mengetahui
teman teman aku sendiri
tidak mengenali aku


fj

No comments :

Post a Comment